26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bantuan Bakul Makanan mulai diedar kepada 4,615 Ketua Isi Rumah di Parlimen Ranau

Gambar- Jonathan (kedua kanan) membuat penyerahan simbolik BARMA 3.0 kepada team sukarelawan yang akan mengedarkan bantuan tersebut ke kampung-kampung.

RANAU: Edaran bakul makanan (BARMA) telah mulai diedarkan oleh Pejabat Parlimen Ranau kepada sebanyak 4,615 Ketua Isi Rumah (KIR) di sini pada hari Selasa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II (KDN) Malaysia, Jonathan Yasin berkata, pada hari ini telah mula diedarkan sebanyak 499 bakul makanan dan selebihnya akan diedarkan secara berfasa.

“Hari ini kita mendapatkan bekalan dari Sabindo Supermarket Ranau, dan selain itu kita juga mendapat bekalan dari beberapa pengedar sehinggalah semua bekalan itu diperolehi.

“Kita jangkakan semua bekalan kita dapat sediakan dan edarkan sebelum atau pada 9 July. Kita akan pastikan semua petugas dapat menyelesaikan urusan perolehan bekalan dan juga pengedaran ini mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.

Jonathan (tengah) bercakap dengan media semasa program penyerahan tersebut.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata, bekalan BARMA akan diedarkan di seluruh 240 kampung di daerah ini.

“Kita akan menumpukan pemberian BARMA kali ini kepada sekurang-kurangnya 19 orang KIR dari setiap kampung, di mana para penerima ini terdiri daripada mereka yang tidak pernah mendapat bakul makanan daripada UPPM sebelum ini ataupun tidak mendapat Bantuan Prihatin Nasional dan tidak ada mendapat bantuan dari kerajaan Negeri.

“Selain itu, fokus kita kali ini juga ialah kepada mereka yang tidak mendapat bantuan e-Kasih, bantuan OKU, atau pun mereka yang merupakan balu dan sakit supaya dapat diselaraskan.

“Di Ranau ini sahaja kita mempunyai tidak kurang daripada 24,000 KIR, jadi edaran yang dibuat oleh UPPM yang baru lalu lebih kurang mencakupi 7,500 orang KIR dan itu belum dapat menutupi keseluruhan jumlah KIR di sini,” jelasnya.

Jonathan berkata, kalau ditolak dengan BPN, bantuan Kerajaan Negeri dan banuan-bantuan lain, masih tidak dapat menutupi keperluan untuk cover kesemuanya, itulah sebab kita sasarkan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang belum pernah menerima sebelum ini.

Menurutnya lagi, bantuan kali ini akan diedarkan melalui pemimpin JPKK di setiap kampung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN