Pulau Pelarian Bhasan Char atau Char Piya adalah sebuah pulau di Hatiya Upazila , Bangladesh yang disediakan untuk penempatan semula pelarian Rohingya. Pulau ini berada di kordinat 22.3769 ° N 91.3961 ° E 60 km dari pantai di Teluk Bengal.
Pemimpin Rohingya menentang keras usaha kerajaan Bangladesh menyediakan pulau ini dengan alasan pulau ini dilanda banjir setahun sekali pada Jun hingga September kerana monsun serta kesukaran menjalani kehidupan seperti kebiasaan di mana mereka perlu bertani, menternak dan mencari hasil laut bagi tujuan tersebut. Perkara ini disuarakan oleh pemimpin Rohingya kepada kumpulan hak asasi manusia. Mereka inginkan negara ketiga yang telahpun maju menerima mereka sebagai rakyat dimana semua kemudahan tersedia tanpa mereka perlu berusaha.

Oleh yang demikian kerajaan Bangladesh terpaksa membelanjakan 309.5 juta Bangladesh Taka bersamaan RM 15.80 juta pada peringkat awal untuk menambak pulau tersebut dari 9 kaki (2,7 m) menjadi 19 kaki (5,8 m). Perbelanjaan ini ditambah bagi membina perumahan empat kaki di atas tanah, stesen perlindungan, infrastruktur penyaluran air, jalan dan komplek-komplek lain bagi tujuan pekerjaan dan sebagainya.
Projek ini dipanggil Proyek Ashrayan (Ashrayan-3) dicirikan oleh Badan Pelarian PBB sebagai “mencabar secara logistik” dan melalui pelbagai kajian bagi memastikan jaminan keselamatan dan keselesaan etnik rohingya. Projek ini bermula pada 26 Januari 2017.

Projek Pusat Penempatan Pelarian Rohingya di Bhasan Char ini dapat menampung seramai 240,000 pelarian dengan kemudahan asas yang disediakan seperti bekalan air, elektrik dengan kuasa solar, klinik dan sekolah.
Pusat Penempatan Pelarian Rohingya ini dibiayai oleh Kerajaan Bangladesh dengan usahasama UNHCR, Kesatuan Eropah dan beberapa buah Yayasan Amal Antarabangsa. Pusat ini mengandungi 1440 buah blok yang turut dilengkapi dengan tandas, dapur dan ruang anjung.

Pada Januari 2020, pulau ini siap sepenuhnya untuk diduduki namun tetap ditentang oleh pemimpin Rohingya dengan membangkitkan isu baharu dimana kerajaan Bangladesh mahupun dunia tidak dapat memberi jaminan bahawa pulau ini akan kekal selamat selamanya dan tidak akan hilang suatu hari nanti akibat monsun. Mereka juga menyatakan tiada jaminan bahawa mereka tidak akan terputus bekalan makanan dan perhatian sewajarnya oleh pihak yang menyediakan penempatan ini dari sudut keselamatan atau sebagainya. Mereka juga meminta bantuan ketenteraan, pengawal perairan dan lain-lain yang tidak masuk akal kerana mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan bangladesh sebagai rakyat mereka namun pelbagai usaha telah dibuat untuk menyediakan segala yang perlu bagi mereka meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu pergantungan atau tekanan dari pihak lain.
Jika kita bandingkan dengan umat Islam di Thailand pada kurun ke 18 yang dihalau oleh Raja Siam ke pulau Koh Panyee kordinat 8°20′8″N 98°30′11″E di Wilayah Phang Nga Daerah Mueang Phang Nga Thailand yang diiktiraf oleh dunia sebagai The Amazing Race oleh kerajaan Amerika Syarikat pada tahun kurun ke 19 dek kerana mereka di halau ke pulau yang tiada tanah untuk diduduki dimana pulau ini dipenuhi dengan batu.

Semasa kali pertama mereka tiba di pulau ini, mereka tidak mendapat sebarang bantuan dari Kerajaan Siam dan hanya mampu membina sebuah masjid dan menanam bakau ditengah laut bagi mengelakkan dari ombak besar dan monsun (tiada tembok pecah ombak hingga kini). Kini pulau ini menjadi pusat tumpuan dunia kerana mereka berjaya membina rumah di atas air, hotel 5 bintang dan restoran 5 bintang, sistem air, jalan raya, sekolah serta padang bola di atas air.
Mereka hidup di atas air dan hanya berada di tanah ketika mati kerana Pulau tersebut tidak dapat menampung jumlah penduduk dan hanya boleh bercucuk tanam, masjid dan perkuburan di atas tanah.
Ini membuktikan bahawa etnik rohingya tidak tahu bersyukur dan hanya menunggang agama untuk mendapat simpati disamping mengambil kesempatan ke atas orang lain. Diharapkan tuan/puan sebelum mengecam saya membaca secara total usaha yang dibuat oleh PBB dan OIC ke atas mereka akan tetapi mereka tetap menolak dan demand negara ketiga yang maju menerima mereka sebagai rakyat tanpa perlu berusaha.

Kredit : Asteri-Vorra-Riddle
Gambar : Asteri-Vorra-Riddle & Google
Nota tambahan :
Rujukan : Lindsay Bremmer (2019). Sedimentary logics and the Rohingya refugee camps in Bangladesh. https://reader.elsevier.com/reader/sd/pii/S0962629818302944…
Menurut perancangan asal, Kerajaan Bangladesh berhasrat untuk menjadikan pusat ini sebagai “Center for rehabilitate the h0meless and landless people of the rural area” yang mempunyai sebanyak 3,022 blok dibawah pengurusan Angkatan Tentera Laut Bangladesh pada tahun 2018. Namun pelan ini diubah untuk dijadikan Pusat penempatan bagi pelarian Rohingya.
Kasihan sebenarnya kepada Kerajaan Bangladesh, pusat tersebut dibina untuk rakyat mereka yang hidup bergelandangan tetapi terpaksa ditukar menjadi pusat penempatan pelarian Rohingya. Ibarat “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Sumber MalaysiaKini2020
.



