26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Balu Allahyarham Hj.Jani Chinuri, terima khairat kematian daripada Ko Pelajaran.

Gulam menyampaikan sumbangan kepada Hajah Juita.

Oleh:Marutin Ansiung

TENOM:Koperasi Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Sabah Berhad (Ko Pelajaran ) menziarahi dan menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada balu Allahyarham Tuan Hj. Cikgu Jani Chinuri, Hajah Puan Juita Mohd Ali yang juga mantan guru di kediamannya di Kampung Mantailang Tenom.

Sumbangan itu disampaikan oleh  Pengerusi Ko Pelajaran Kawasan Keningau Gulam Hussein Hj. Mohd Shaffie  yang juga Ahli Lembaga Ko Pelajaran mewakili Pengerusi Ko Pelajaran Datuk Hj. Sairin Hj. Karno.

Rombongan Ko Pelajaran itu disertai oleh Bendahari Ko pelajaran kawasan Keningau Yong Min Mau, Frederick Anis Gintod, Alex Yong Kon Fook, Tuan Hj. Ustaz Hassin Taat dan Rugan Manjin.

Gulam mewakili Ko Pelajaran merakamkan ucapan Takziah kepada balu Allahyarham dan keseluruhan keluarga yang ditinggalkan.

Beliau turut mendoakan agar keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi  suasana sukar kerana ditinggalkan oleh insan tercinta.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN