JOHAN…..Pasukan Bakat 1 menerima hadiah daripada Haji Rithuan.
LABUAN:: Pasukan Bakat 1 muncul johan Bergu Lelaki Kejohanan Petanque Tertutup Labuan 2021 yang diadakan di Gelanggang Arena Petanque Labuan, Kerupang, pada Ahad.
Dengan kemenangan itu, pasukan BAKAT 1 yang diwakili Mohd Suffry Abdel Rizab dan Azreen Abdulah Amaran membawa pulang hadiah wang tunai RM350.
Naib johan dimenangi oleh pasukan PPWPL 1 yang diwakili Ibrahim Laidin dan Haiqal Yazeed Rizuan Nizzam untuk berkongsi hadiah wang tunai RM200.
Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan GK88 Monstar dan pasukan Lajau B masing masing menerima hadiah wang tunai RM100.
Pasukan GK88 Monster diwakili Mohd Hasiman Lasim dan Razi Lamat, manakala kumpulan Lajau B di barisi oleh Mohd Shafiee Alif Jahar dan Ak Mohd Aminur Hamidon.

NAIB JOHAN… Pasukan PPWPL menerima hadiah daripada Haji Rithuan
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Ismail.
Kejohanan anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Subzon 5 dengan kerjasama Persatuan Pentaque Wilayah Persekutuan Labuan (PPWPL) telah disertai sebanyak 32 pasukan.
Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah Pengerusi MPP Subzon 5, Fadilah Eddy Abd Khalid dan Presiden PPWPL, Ibrahim Laidin.