27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BAJU RAYA UNTUK PELAJAR KURANG MAMPU Kota Kinabalu : 24 April 2022

Baju Raya…..Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maktab Sabah, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor dan jawatankuasa persatuan itu memilih baju Hari Raya untuk pelajar-pelajar kurang mampu sekolah itu sempena Program Shopping Raya anjuran persatuan itu di Emadira Textile Mal Kota Kinabalu, hari ini.

oleh: LIZA DIN

KOTA KINABALU: Keriangan jelas tergambar pada wajah 10 orang pelajar golongan kurang berkemampuan dari Sekolah Maktab Sabah membeli baju raya di Kedai Pakaian Emadira, Kota Kinabalu hari ini.

Menurut Pengerusinya Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, seramai 10 orang pelajar, 3 lelaki 7 perempuan dari Tingkatan dua hingga tingkatan 6 daripada keluarga kurang mampu dipilih menerima sumbangan baju baru sempena menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

“Program tahunan ini telah diadakan setiap setahun, sejak 12 tahun saya dipilih menerajui PIBG, dengan tujuan membantu mengurangkan beban pelajar tersebut disamping membawa keceriaan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya. Setiap seorang membeli baju raya bernilai RM150.00,” katanya.

Fatimah turut meminta ibu bapa tidak lupa mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan sepanjang menyambut bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, ini kerana meskipun negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April lalu, sekali gus membenarkan umat Islam menunaikan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di semua masjid dan surau tetapi pematuhan kepada beberapa SOP perlu diteruskan.

Fatimah turut meluahkan rasa bersyukur apabila dapat menyambut bulan Ramadan seperti biasa sebelum Covid-19 melanda dua tahun lalu.

Hadir sama Pengetua Nurani Fauziah Derin, Penolong Kanan Pelajar, Samsiah Al- Malek, Penolong Kanan Hal Ehwal, Murid Zunaidah Zakaria dan 10 pelajar Maktab Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN