ADVERTISEMENTspot_img

BAF 2026 catat kehadiran lebih 30,000 pengunjung

Pertandingan Tarian Kreatif Borneo penyumbang kepada kehadiran ramai pengunjung BAF 2026

LABUAN: Borneo Art Festival edisi ke 13 (2026) yang berlangsung selama tiga hari dan melabuhkan tirai malam tadi berjaya mencatatkan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

Jumlah itu sekaligus telah menepati sasaran penganjur yang sebelum ini menjangkakan kehadiran sekitar 30,000 orang.

BAF, 2026 yang menyaksikan lebih 1000 peserta dari sekitar Borneo termasuk dari negara anggota BIMPEGA (Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina) yang bekerjasama menyertai program tersebut.

Sementara itu majils penutupan BAF edisi ke 13 itu yang berlangsung di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan malam tadi (Ahad) disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Lo So Fui.

Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Samsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

Terdahulu, Lo ketika berucap pada majlis itu berkata, penganjuran BAF 2026 bukan sekadar acara hiburan tahunan, ia sebahagian strategi teras Jabatan Wilayah Persekutuan untuk memperkasakan Labuan sebagai Hab Pelancongan Acara dan Kebudayaan di rantau ini.

Katanya, BAF yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan serta mendapat dokongan dari JWP bukan sahaja menjadi pentas eksperisi kreativiti seni budaya tetapi juga sebagai usaha memartabatkan seni dan budaya rantau Borneo.

“Penganjuran BAF telah membuktikan bahawa seni dan budaya adalah “bahasa universal” yang memikat hati serta menyatukan kita semua tanpa mengira latar belakang”, katanya.

BAF kali ini telah menampilkan 10 acara utama termasuk Sound Of Borneo, Pertandingan Tarian Kreatif Borneo, Tingkah Geruh Dance Battle dan Pertandingan Rekaan Fesyen Kostum Kreatif Malaysia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN