25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BAF 2025 tampilkan keunikan seni budaya etnik Borneo

Keunikan rumah tradisonal suku kaum Kadayan dijangka jadi tarikan pengunjung

LABUAN:Borneo Art Festival (BAF) 2025 yang membuka tirainya hari ini (13Nov) diKompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan bakal menampilkan keunikan seni budaya etnik Borneo.

Penganjuran BAF 2025 yang berlangsung sehinga Ahad ini bakal menyaksikan tarikan baharu bukan sahaja dari aspek seni budaya tetapi juga mengetengahkan adat resam dan aktiviti kehidupan harian etnik Borneo.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Seri Noridah Abdul Rahim berkata pelbagai keunikan dan elemen baharu di perkenalkan sepanjang festival ini khususnya seni dan budaya Borneo.

Antara tarikan baharu termasuklah rumah tradisional suku kaum Kadayan dan Brunei, persembahan pelbagai budaya Borneo, pameran kraftangan kebudayaan dan persembahan lampu cahaya.

Noridah ketika ditemui pemberita selepas meninjau persiapan terakhir BAF2025 di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, semalam

“Penganjuran BAF tahun ini bakal menarik kehadiran para pengunjung dari dalam dan luar Labuan dengan sasaran 35,000 orang sepanjang festival ini berlangsung dari 13 hingga 17 November ini”, katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau persiapan akhir BAF 2025 di Kompleks Suksn Air Antarabangsa Labuan malam tadi.

Beliau berkata, rumah etnik yang diperkenalkan bukan sekadar untuk dipamerkan, sebaliknya akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para pengunjung selain diwarnai cahaya lampu yang menarik pada waktu malam.

“Saya nampak festival pada kali ini bukan sahaja mempromosikan Labuan sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan, tetapi usaha kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi pulau ini.

Sementara itu, majlis perasmian penutupan BAF 2025 yang akan dilangsungkan pada malam Ahad ini (16 Nov) dijangka akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof.

Hadir sama Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Padlun Ujud dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN