31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ayah Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia

AYAH kepada pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi.

Ustaz Ebit Lew memaklumkan perkhabaran duka tersebut menerusi satu perkongsian terkini di laman Facebooknya.

Dalam perkongsian tersebut, Ustaz Ebit menulis kata-kata pilunya seperti di bawah:-

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer.

Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.

Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..

Beberapa hari lalu, Ustaz Ebit  memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan bapanya, Ibrahim Lew, 84, yang sedang sakit akibat penyakit kanser perut tahap akhir.

Menurut Ustaz Ebit, keadaan ayahnya semakin kritikal dan ‘menanti hari’ kerana kanser tersebut sudah merebak ke semua anggota badannya yang lain.

Malah, arwah ayahnya sempat berpesan supaya Ustaz Ebit meneruskan kerja dakwah dan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN