Ellron menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua juara Perbarisan Kontigen Zon Apin-Apin
Oleh: Francis Andin
KENINGAU : Kegemilangan Sukan Olahraga khususnya dinegeri ini pada masa lalu, mampu dijulang semula dengan adanya bakat-bakat baru atlit berpotensi di negeri ini termasuk dari daerah pedalaman Keningau , untuk diketengahkan diperingkat negeri,negara malah sehingga di perimgkat antarabngsa.
Menteri Belia Dan Sukan sabah datuk Ellron Alfred Angin, berkata usaha itu akan menjadi kenyataan apabila lebih ramai atlit dari kalangan pelajar sekolah di negeri ini, termasuk dari daerah pedalaman Keningau,menunjukkan pencapaian yang terbaik dalam beberapa acara balapan dan padang, melalui rekod yang dijana dalam kejohanan Olahraga diseluruh sekolah dinegeri ini.
ā Saya sendiri sebagai bekas atlit, yakin bakat dan penampilan atlit bermula dari sekolah rendah, menengah dan peringkat pendididkan tinggi sangat memberangsangkan untuk kita mempunyai para atlit yang boleh pergi jauh dalam bidang sukan olah raga termasuk juga permainanākatanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Keningau (MSSD) kali ke-52, dikomplek Sukan Keningau dekat sini.
Katanya penguasaan akademik semata-mata tidak mencukupi dalam memastikan modal insan yang bakal mewarisi kepimpinan negara , tetapi juga salah satu item yang perlu dikuasai dan dimiliki oleh setiap individu adalah sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat juga sebagai bidang yang terbukti boleh berjaya dalam menjamin masa depan.
ā Saya yakin dan percaya pelajar yang dapat menguasai kedua-dua bidang penting akademik dan juga non-akademik ini, mampu menjadikan individu yang sihat, cergas dan mampu meyumbang kepada nama baik negara pada nasa hadapan kelakākatanya.
Ellron menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Kontigen perbarisan SMK Keningau 2.
Justeru Ellron yang juga ADUN Sook menyeru semua pihak ibubapa, guru dan juga jurulatih sukan agar terus menggilap bakat baru kalangan generasi muda masa kini, agar terus mendapat latihan dan bimbingan sehingga mencapai kejayaan dalam bidang sukan.
Pada masa sama Ellron berkata kerajaan amat komited dengan prasarana sukan untuk kemudahan rakyat,termasuk sekolah-sekolah dengan menyediakan kemudahan komplek sukan dan hingga kini Sabah mempunyai 16 buah komplek sukan , termasuk didaerah Keningau, Tambunan dan Nabawan.
Sempena kejohanan itu, Kontigen Perbarisan Sekolah Rendah Zon Apin-Apin muncul juara, manakala Zon Pegalan dan Zon Bingkor ditempat kedua dan ketiga. Sementara itu kategori menengah Juara disandang oleh Kontigen Sekolah Menengah Henry Gurney , SMK Apin-Apin ditempat kedua dan SMK Keningau 2, ditempat yang ketiga.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Datuk Ellron Angin. Hadir sama Pengerusi Lembaga Sukan Sabah Osman Agandok, Pengarah Lembaga Sukan Sabah Terrance E. Pudin, Timbalan Pegawai Pelajaran Sektor Pembangunan Murid Eric Dius dan Pengerusi MGB Keningau Sakim Ibrahim, Pengetua dan Guru Besar daerah ini.