31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ATLET DIINGATKAN TERUSKAN KECEMERLANGAN – BUNGKIAS

Bungkias (tengah) semasa sesi suai kenal dengan kontinjen yang bertanding

TAMBUNAN: Para atlet yang mengambil bahagian di Kejohanan Olahraga Peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah Ranau yang berlangsung di Kompleks Sukan Tambunan bermula pada hari ini 4 Julai dan berakhir 6 Julai diingatkan agar meneruskan kecemerlangan dalam bidang sukan olahraga.

Berucap merasmikan kejohanan MSSD kali ke 49, Kaunselor Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Bungkias Angkapok berkata pada hari ini semua atlet yang bertanding terpilih mewakili sekolah masing-masing. Ini bermakna mereka adalah yang paling bertuah dan cemerlang kerana mereka sebenarnya telah menang dalam siri ujian olahraga bermula di peringkat rumah sukan sekolah, zon dan daerah.

“Sudah menjadi adat dalam pertandingan, ada yang menang dan ada yang kurang bernasib baik namun ketahuilah bahawa sebenarnya pada dasarnya anda sudah menang pada diri sendiri. Di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, semua yang aktif akan mendapat markah penuh dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Oleh itu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta khususnya yang akan memenangi pertandingan sepanjang kejohanan pada minggu ini yang seterusnya akan mewakili daerah ke peringkat MSS Sabah kelak.,” ujarnya.

Larian obor kejohanan oleh wakil atlet dan para pegawai kejohanan

“Terimakasih kepada pihak pengurusan Kompleks Sukan Tambunan yang membenarkan kita menggunakan tempat ini sebagai vanue kejohanan. Tahun ini kita terpaksa meminta kebenaran untuk menggunakan tempat ini kerana Kompleks Sukan Ranau sedang di baik pulih. Kita doakan agar segera siap untuk mengadakan MSSD pada tahun depan,” jelas beliau lagi.

Kejohanan hari pertama pada hari ini mencatatkan beberapa keputusan. Antaranya seperti acara akhir Lompat Jauh P18 yang dimenangi oleh Corrie Trinity Jelson (SMK. Mat Salleh) dengan lompatan sejauh 4.40 meter, diikuti Hedlen Julian (SMK. Matupang Jaya), 4.16 meter dan Nurazma Azmie (SMK. Kundasang), 4.11 meter. Lempar Cakera L15, johan  (Erickson Jackson/35.69m/SMK. Lohan), naib (Mohammad Aidil Aizat Wasinin/33.90m/SMA AL-Irsyadiah) dan ketiga (Darylshon Dell Ruding/33.03m/SMK Timbua), 1500m, L15, johan (Danny Hadid / 5m 09.2s/SMK. Matupang Jaya), naib (Mohamad Azran Janik /5m 11.2s/SMK. Lohan) ketiga (Aeryazwelmond Jalumin/5m 11.4s/SMK. Ulu Sugut), 1500m P15, johan (Lieyanazira Jerisu/6m 03.8 s/SMK. Lohan), naib (Kristina Lonju/6m 12.4s/SMK. Timbua) ketiga (Nur Faziatie Mathias/6m 15.1s/SMK. Mat Salleh).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN