26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Asmin Nasir bersama sebahagian AJK Bahagian Ranau tinggalkan UMNO

Asmin (kanan) menyerahkan Borang baru daripada mantan ahli2 UMNO untuk menyertai PGRS kepada Jupirin (mewakili Masidi) diperhatikan yang lain.

RANAU: Kepimpinan UMNO Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan Ranau telah mengambil keputusan keluar UMNO untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS). Mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian P179 Ranau, Asmin Bin Nasir bersama barisan mantan kepimpinan Jawatankuasa UMNO bahagian Ranau, mantan Ketua Penerangan UMNO, Azman Mohd Yuni, mantan Bendahari UMNO, Jamrin Ubin, mantan Setiusaha Kerja UMNO, Raskhan Abd Rahim, mantan AJK Bahagian, Naidin Yomou, beberapa AJK UMNO Bahagian dan AJK Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing telah mengistyiharkan secara rasmi keluar daripada parti UMNO untuk menyertai PGRS Bahagian N.37 Karanaan dalam dalam Parlimen Ranau.

Keputusan itu telah diumumkan dalam satu mesyuarat yang telah diadakan  di Bilik Mesyuarat  Pusat Khidmat Rakyat  N.37 Karanaan pekan Ranau baru-baru ini.

Asmin yang setelah dilantik  sebagai Ketua Biro Penerangan PGRS (Gagasan Rakyat ) DUN N.37 Karanaan, ketika ditemui berkata, keputusan mereka untuk menyertai PGRS adalah ikhlas dan tiada dijanjikan sebarang kemudahan atau imbuhan dan sebaliknya, atas kesedaran dan keikhlasan sendiri untuk menyertai parti tempatan Sabah yang difikirkan lebih realistik dan efektif untuk membela nasib rakyat di negeri ini.

“Kami menyertai PGRS adalah  atas kerelaan dan keikhlasan hati kami tanpa dijanjikan sebarang imbuhan, kemudahan atau kedudukan”, jelas Asmin.Mereka menyuarakan sokongan penuh atas segala inisiatif di bawah Halatuju Sabah Maju Jaya pimpinan YAB Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Beliau menggesa kepada mereka yang menyertai PGRS supaya lebih berfikiran positif, terbuka  dan secara ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu.

“Kita tetap berdiri teguh bersatu padu dibawah kepimpinan Ketua Bahagian N.37 Karanaan Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun”,tambah Asmin.
Hadir sama ialah, Bendahari Mohd.Faez Bin Datuk Haji Nordin, Setiausaha Bahagian, Jarden Bin Datuk Haji Jirin, Ketua Pegawai Tadbir Pusat Khidmat Rakyat DUN N.37 Karanaan yang menjalankan Tugas-Tugas Timbalan Ketua Bahagian selaku Naib Ketua Bahagian N.37 Karanaan, Jupirin Bin Haji Jupirin.
Sementara itu ramai yang sempat ditemui, menyifatkan penyertaan Asmin dan rakan-rakannya ke PGRS sebagai satu kehilangan dan kerugian hebat kepada UMNO  Ranau yang kini ahlinya semakan berkurangan dan menambahkan lagi kekuatan PGRS kawaan Parlimen Ranau khususnya DUN Karanaan.

Turut diadakan sempena  pertemuan itu ialah, Sesi Ekspresi,  Dialog dan Dekelarasi  yang turut dihadiri, Jupirin Bin Haji Rohimin, Setiausaha Bahagian, Jarden Datuk Haji Jirin dan Ketua Biro Penerangan PGRS N.38 Paginatan, Mohd Jamian Bin Abd Manan.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN