BANTUAN….. Bahari (tiga kanan) menyerahkan sumbangan kit makanan kepada Ansharey sambil diperhatikan Idris (tiga dari kiri).
LABUAN: Asian Supply Base Sdn. Bhd. (ASB) anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Sabah melalui Sabah Energy Corporation (SEC), terus komited melaksanakan tanggung jawab sosial kepada warga Labuan dan juga Sabah bagi meringankan beban masyarakat khususnya kepada golongan yang terkesan pandemik COVID 19.
Bagi membuktikan tanggung jawab sosial itu direalisasikan, syarikat berkenaan telah mengambil inisiatif segera membekalkan 100 kit makanan bernilai RMM5,000 untuk disalurkan kepada penduduk di lokaliti Saguking yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mula berkuatkuasa pada 21 Oktober lalu.
Kit makanan yang merangkumi barangan keperluan harian seperti beras, tepung, minyak masak, susu dan sebagainya telah diserahkan kepada Jawatankuasa Penyelaras Bantuan Makanan, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan, pagi ini.
Majlis penyerahan disampaikan oleh Ketua Jabatan M&E, Pembangunan Pengkalan syarikat itu, Bahari Zainal kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Ansharey Matarsad.
Hadir sama, Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat ASB Sdn. Bhd, Idris Mohammad.
Bahari yang mewakili Ketua Pegawai Eklsekutif ASB Sdn, Bhd, Noor Halim Datuk Zaini ketika ditemui berkata, ASB dengan rasa tanggung jawab akan terus menyokong usaha kerajaan dalam membantu menangani dan membendung wabak COVOD 19 daripada terus menular.
Sementara itu Ansharey berkata, selain ASB Sdn. Bhd. beberapa syarikat swasta yang lain termasuk pertubuhnan bukan kerajaan (NGO) dan juga orang perseorangan telah tampil untuk sama-sama mengulurkan bantuan kepada masyarakat Labuan yang terkesan dengan pandemik COVID 19.
Antara syarikat dan pertubuhan yang telahpun menghulurkan bantuan terus ke PKOB melalui JKM ialah Tokong Feng Hung Dhan Ba Xian Miao Huang Da Di, YB Datuk Rozman Datuk Isli, Labuan Gelsoft Community, Patulla Enterpeise dan Persatuan Wanita Bugis (PERWIGIS).
Selain itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang perseorangan yang turut menghantar sumbangan ke Jawatankuasa Penyelaras Bantuan Makanan bagi sama-sama membantu golongan tersebut.
TAMAT
BANTUAN….. Bahari (tiga kanan) menyerahkan sumbangan kit makanan kepada Ansharey sambil diperhatikan Idris (tiga dari kiri).