32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ASB lancar Sistem Pendigitalan Keselamatan

GAMBAR: SIMBOLIK…. Japar ketika melancarkan Sistem Pendigitalan Keselamatan di pintu masuk utama ASB sambil disaksikan oleh sebahagian kakitangan syarikat tersebut.

LABUAN: Syarikat Asian Supply Base (ASB) Sdn. Bhd, menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengunapakai  sistem pendigitalan Keselamatan menerusi tenologi ‘Radio Frequency Indentification (FRID) di pengkalan bekalan yang mempunyai keluasan 345 ekar di kawasan industri Rancha-Rancha dekat sini.

Majlis pelancaran sistem pendigitalan Keselamatan tersebut telah disempurnakan  oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Japar Esteban di pintu masuk utama ASB Sdn. Bhd, pada pagi Khamis.

Japar berkata, keselamatan adalah kebimbangan kritikal dalam industri minyak dan gas disebabkan oleh aset yang bernilai tinggi serta potensi risiko yang berkaitan dengan industri.

Justeru itu katanya, ASB telah melaksanakan pelbagai langkah keselamatan termasuk halangan fizikal seperti pagar, kemera CCTV, sistem kawalan akses dan rondaan keselamatan.

“Dengan teknologi RFID, ASB dijangka meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos dan menambah baik kawalan keselamatan disamping memberi manfaat kepada Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) selain menarik pemain minyak dan gas luar menjalankan operasi di ASB,” katanya kepada media.

Japar berkata, projek  tersebut  dibahagikan kepada empat fasa, dengan penyiapan dan demonstrasi fasa 1 dijadualkan dilancar pada akhir Jun 2023.

“RFID membolehkan langkah keselamatan diautomasikan dan keselamatan elektronik adalah salah satu langkah pencegahan yang paling efektif untuk melindungi aset ASB yang diwartakan di bawah keutamaan 1, Sasaran Penting (NKP) yang memerlukan tahap keselamatan tertinggi, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN