Armada BERSATU Keningau Teruskan Misi Kebajikan.

Home Tempatan Armada BERSATU Keningau Teruskan Misi Kebajikan.
Armada BERSATU Keningau Teruskan Misi Kebajikan.

Rafie menyampaikan bantuan kerusi roda kepada antara penerima.

KENINGAU: Armada BERSATU Keningau menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada dua orang penerima dan Kit Jenazah kepada dua buah masjid, di sini pada Ahad.

Ketua Armada BERSATU Keningau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) P.180 Keningau, Rafie Robert berkata, sumbangan dua kerusi roda itu masing-masing disampaikan kepada Hardey Samid dan Pelun Sambing.

Jelasnya, manakala penyerahan Kit Jenazah disampaikan kepada pihak pengurusan Masjid Ar-Rashid Kampung Kota Ayangan dan Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau.

Katanya, sumbangan kerusi roda tersebut merupakan Misi Kebajikan oleh pihaknya bagi membantu memudahkan mereka yang kurang bernasib baik. Manakala, sumbangan Kit Jenazah tersebut bagi membantu pihak masjid untuk memudahkan urusan perkhidmatan yang disediakan mereka.

“Misi kami ini bagi membantu mereka yang memerlukan agar tiada seorang tercicir daripada dibantu atas dasar semangat prihatin kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Bagi kit jenazah yang disampaikan kepada pihak masjid adalah bagi membantu menyediakan barang-barang keperluan agar pihak masjid dapat menjalankan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya.

Tambahnya, Armada Keningau akan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat akar umbi khususnya bagi kawasan Parlimen P.180 Keningau.-Tamat/