32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ARIFIN SAMPAIKAN DERMASISWA MUIS LEBIH RM1.4 JUTA UNTUK 199 PELAJAR

Mohd Arifin Arif (kiri) menyampaikan replika cek kepada adik Noraishah sambil diperhatikan oleh para pegawai dari Pusat Zakat.

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyampaikan sumbangan zakat berjumlah lebih RM1.4 juta untuk dermasiswa tahun 2021 untuk penuntut Sabah yang sedang belajar dibeberapa buah universiti di Selangor.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif menyampaikan bantuan yang akan dinikmati oleh 199 pelajar Sabah di negeri itu.

Mohd Arifin berkata dermasiswa ini sekurang-kurangan akan dapat mengurangkan sedikit beban ibu bapa dalam membiayai perbelanjaan anak2 mereka.

“Ia juga sebagai sebahagian tanggungjawab sosial Pusat Zakat dalam bidang pendidikan kepada para pelajar dari negeri ini, “ katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut itu berkata dari 199 pelajar yang akan menerima dermasiswa itu ialah 106 menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 22 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),13 menuntut di Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) seramai 12 pelajar,Kolej Islam Antarabangsa 10 pelajar dan lima orang sedang belajar di Universiti Malaya (UM).

Pada majlis itu adik Noraishah Shafiqah Yakob siswazah dari UNITEN menerima secara simbolik penyerahan dermasiswa itu di UNITEN Selangor kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Haji Amat Yusof, Setiausaha Tugas-Tugas Khas, Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas, Encik Sapdin Ibrahim, Setiausaha MUIS, Encik Ramlan Ag Ali, dan para pegawai kanan Pusat Zakat Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN