26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

APMM Labuan rampas 140 bungkus minuman keras

BUNGKUSAN berisi minuman keras yang disyaki diseludup keluar dari Labuan dimuat dalam van.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan merampas 140 bungkus minuman keras bernilai RM 10,000.00 yang disyaki cuba di seludup keluar Labuan, pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar berkata, hasil maklumat awam, bot peronda Maritim telah mengesan sebuah bot di perairan Lawas, Sarawak ketika membuat rondaan “Operasi Benteng Laut kira-kira jam 11.30 malam “.

Beliau berkata, sejurus menerima aduan anggota APMMM bersama bot peronda yang tiba di lokasi mendapati terdapat sebuah van jenis Toyota Lite Ace berisi bungkusan minuman keras yang dipercayai cuba diseludup dari Labuan.

“ Hasil daripada pemeriksaan lanjut separuh daripada bungkusan minuman keras pelbagai jenis itu telah dipindahkan ke dalam kenderaan tanpa pemandu itu” katanya, dalam satu kenyataan media di sini, pada Jumaat.

Nor Bakari berkata, van serta barangan rampasan telah di bawa ke Pejabat Zon Maritim Labuan untuk tindakan lanjut. Manakala nilai jumlah rampasan masih disiasat.

“ Jika sabit kesalahan boleh didakwa di bawah Akta Kastam 1967 kerana menyeludup barang tanpa cukai” katanya.

Dalam pada itu, Nor Bakari menyeru komuniti maritim dan masyarakat setempat agar terus memberi kerjasama untuk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan terutama penyeludupan yang membabitkan barangan bercukai di talian APMM Zon Labuan 087 427 999.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN