31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

APMM Labuan  gagalkan cubaan seludup minuman keras tidak bercukai

GAMBAR: RAMPAS: Pasukan Zon Maritim Malaysia Labuan bersama bot dan minuman keras tidak bercukai yang berjaya dirampas.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan menggagalkan cubaan menyeludup keluar minuman keras tidak bercukai dari pulau ini, awal pagi Ahad.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, semasa sedang melaksanakan rondaan rutin, pasukan operasi telah mengesan pergerakan sebuah bot mencurigakan di perairan Mempakul, Sabah pada sekitar jam 1.00 pagi.

Nudin berkata,  sebaik menyedari kehadiran aset Maritim Malaysia, bot suspek segera memecut laju menuju daratan dan suspek turut bertindak nekad terjun melarikan diri dengan meninggalkan bot di kawasan paya bakau kira-kira 0.45 batu nautika barat Iaut Pulau Balangkasan dekat sini.

 “Hasil dari pemeriksaan ke atas bot berkenaan  menemukan 1680 tin minuman keras tidak bercukai disorokkan di bawah kanvas biru dan dipercayai diseludup keluar dari Pulau Labuan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Bot serta kesemua rampasan telah dibawa ke Jeti Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

Nudin berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM40 ribu termasuk bot serta enjin sementara kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN