28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

APMM dan Jabatan Pendidikan Labuan sedia jalin kerjasama

KEPTEN Nudin (empat kanan) menyampaikan cenderamata kepada Yusup sempena kunjungan hormat terhadap Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, kelmarin.

LABUAN: Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan, Kepten Nudin Jusoh telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan di pejabatnya di Tingkat 10, Kompleks Ujana Kewangan sempena pelantikan Yusup Haji Mohamad sebagai Pengarah Pendidikan Labuan yang baharu,  pada Rabu.

Nudin yang telah dilantik sebahgai Pengarah APMM Labuan pada Februari 2021 diiringi oleh Timbalan Pengarah Pengurusan APMM, Arun Fazhillah Hamdan dan Pegawai Pemerintah KM Bestari, Lt. Kdr Hilmi Abdullah.

Ketibaan beliau pada pukul 9 pagi itu telah disambut oleh Timbalan Pengarah Sektor Perancangan, Mohd Nizam Yasim bersama Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Haji Abdul Rahman Ahmad.

Dalam pertemuan itu, Nudin memaklumkan tentang perancangan jangka panjang untuk mewujudkan pusat latihan asas maritim di Labuan, bantuan kepada mempromosi kepada murid-murid berkaitan aktiviti-aktiviti maritim.

“Kami berharap agar APMM dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara jabatan pada masa akan datang demi kepentingan penduduk-penduduk di wilayah ini.


“Kita juga berharap agar dapat membuat promosi berkaitan aktiviti-aktiviti APMM kepada murid-murid sekolah melalui program Sahabat Maritim,”katanya.

Sementara itu, Yusup turut berharap agar semua agensi kerajaan di pulau ini dapat bekerjasama sebagai satu pasukan untuk kepentingan warga Labuan.

TANDATANGAN….Kepten Nudin menandatangani buku lawatan rasmi ke Jabatan Pendidikan Labuan sambil diperhatikan Yusup (tiga kiri).

“Matlamat kita ialah memberi peluang seluas mungkin kepada anak-anak di Labuan kepada akses pendidikan yang berkualiti.

“Kerjasama seperti ini adalah peluang terbaik untuk mendedahkan murid-murid kepada aktiviti di luar bilik darjah.

“Ini mampu merintis minat kepada murid-murid tentang kerjaya di dalam APMM itu sendiri,”jelas beliau lagi.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan, Mohd Nizam Yasim, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Haji Abdul Rahman Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Sektor Infrastruktur dan Pembangunan, Boney Jumil, KPP Sektor Pengurusan, Lina Encharang, KPP Sektor Sumber Manusia, Khairul Hafiz Juni dan wakil SPS, Zaleha Hassan.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN