30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Anwar umum peruntukan RM22 juta bina jeti baharu Feri kenderaan di Labuan

ANWAR ketika meninjau jeti terminal Feri Ro-Ro di Kompleks Jabatan Laut Wilayah Persekutuan, petang Jumaat.

LABUAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nengumumkan peruntukan RM22 juta untuk membina sebuah jeti baharu di terminal Feri kenderaan  Kompleks Jabatan Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.

Anwar berkata, peruntukan itu termasuk Menaik taraf kemudahan sedia ada  di terminal Feri Ro-Ro sebagai usaha Kerajaan membantu mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselesaan pengguna.

“Peruntukan itu bukan  sahaja   membantu mengurangkan kesesakan tetapi juga   secara keseluruhannya dapat meningkatkan perkhidmatan seiring dengan pembangunan infrastruktur yang Akan dibangunkn di kawasan tersebut” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Komuniti di perkarangan Kompleks Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan, pada Jumaat.

Selain itu beliau juga mengarahkan agensi penguatkuasa tempatan agar meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan mereka di terminal itu.

“Saya telah arahkan agensi penguatkuasa di kawasan terminal ini supaya meningkatkan kecekapan perkhidmatan mereka bagi memastikan masa perlepesan setiap kenderaan dan penumpang dapat disingkatkan kurang daripada sejam khususnya yang melibatkan pemeriksaan Imigresen” katanya.

Terdahulu sebelum itu beliau meninjau jeti dan terminal Feri kenderaan di Kompleks Jabatan Laut yang  menyebabkan kesesakan berlaku setiap kali cuti musim perayaan akibat orang ramai berpusu pusu membawa kenderaan untuk bercuti ke tanah besar Sabah.

Hadir Sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadhil, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman dan Pengerusi Perbadanan Labuan, Tan Sri Anifah Aman.

Anwar yang dalam Lawatan Kerja singkat ke Labuan  turut mendengar taklimat mengenai projek Bandar Pintar Labuan 5.5G yang pertama di Asean di Wisma Perbadanan Labuan oleh pihak Huawei.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN