26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Annabell Perian dilantik sebagai Senator

Yang Di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bergambar kenangan bersama dengan Ahli Dewan Negara yang baharu Senator Annabell Perian dengan Redonah Bahanda dan Senator Bobby Suan di Bangunan Parlimen Dewan Negara Kuala Lumpur hari ini selepas Upacara Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Wanita, parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Annabell Perian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu bagi penggal tiga tahun berkuat kuasa 5 Mac pada hari ini.

Berikutan pelantikan sebagai Senator itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah,  Datuk Redonah Bahanda atas sokongan dalam mengesyorkan dan melantik beliau sebagai senator.

“Saya ingin melahirkan rasa syukur di atas peluang untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat Malaysia khususnya dalam mengutarakan masalah serta membincangkan pelbagai isu yang dibawa di Dewan Negara.

“Saya akan menggunakan sepenuhnya pengalaman yang ada baik ketika bekerja untuk parti mahupun bekerja untuk rakyat agar suara rakyat khususnya isu-isu di Sabah dapat diketengahkan dengan lebih baik dan berkesan,” katanya dalam kenyataan media.

Annabell, 45 tahun, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Hubungan Industri & Perburuhan) dari Universiti Malaysia Sarawak turut melahirkan komitmen menegakkan prinsip demokrasi, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang.

“Saya berjanji akan bekerja tanpa jemu ke arah kebaikan negara dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia,” katanya yang juga Ketua Wanita GRS Sungai Sibuga.

Ahli-ahli yang akan mengangkat sumpah adalah seperti berikut:

   i) YB Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan - Pilihan semula DUN Sabah berkuatkuasa mulai 5.1.2024 hingga 4.1.2027;

   ii) YB Senator Puan Anna Bell @ Suzieana binti Perian - Lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 5.3.2024 hingga 4.3.2027; dan

   iii) YB Senator Tuan Pele Peter Tinggom - Lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 5.3.2024 hingga 4.3.2027.

Turut hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda yang juga Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN