30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ANGPAU’ SUATU KEBERKATAN DAN NASIB SEPANJANG TAHUN

SUDAH menjadi tradisi masyarakat Cina bahawa pemberian angpau pada musim Perayaan Tahun Tahun Baru Cina telah manjadi amalan penting dalam kehidupan. Selain musim perayaan, tradisi ini juga dilakukan pada hari-hari lain seperti masuk ke rumah baru, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sambutan harijadi.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, angpau, sampul merah atau paket merah biasanya ditakrifkan sebagai hadiah berbentuk wang. Simbol warna merah pada sampul pula melambangkan tuah atau nasib yang baik. Justeru, warna merah dilarang sama sekali dalam upacara pengkebumian kerana ia melambangkan kebahagiaan.

Dari segi jumlah wang dalam angpau, sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap. Ini kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn).

Dalam pada itu angka 4 pula dianggap sebagai membawa sial kerana perkataan empat sama bunyinya dengan mati makanya wang dalam angpau juga tidak boleh berjumlah 4 Ringgit. Manakala angka 8 biasanya dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan “kaya”), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau.

Mengikut tradisi kaum Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia. Namun demikian ianya bukanlah suatu kemestian atau kewajiban kerana apapun bergantung kepada si pemberi angpau siapa yang akan diberikannya.

Menurut Gan Tiong Hon seorang berbangsa Cina yang menetap di Pekan Ranau, memberi angpau ibarat memberi berkat atau mendoakan nasib yang baik dan kesejahteraan sepanjang tahun kepada si penerima. Apabila seseorang itu memberi, sebanyak mana pun berkat atau kesejahteraan yang akan dialami dalam kehidupan si penerima, demikianlah juga yang akan datang kepada si pemberi angpau.

Gan atau lebih senang dengan panggilan Ali menerangkan setiap tahun keluarganya akan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina di rumah kediamannya di Kampung Muhibbah. Beliau yang pada asalnya dari Mentakab Pahang kemudian berkahwin dengan seorang perempuan tempatan berbangsa Dusun. Mereka dikurniakan 4 orang anak dan 8 orang cucu. Ke semua anak mereka telah berkeluarga. Seperti pada amalannya, semua anak dan cucunya akan diberikan angpau sebagai suatu keberkatan hidup dan nasib yang sentiasa dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Beliau bagaimanapun juga akan memberikan angpau kepada kanak-kanak lain khususnya keluarga di pihak isterinya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN