KENANGAN…Para ahli persatuan PV-ATM merarakam gambar bersama Masidi (depan tengah) dan para jemputan yang lain.
RANAU: Para anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentara Malaysia (PV-ATM), disarankan ‘Turun Padang’ membantu Kerajaan untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat tentang keperluan mengikuti Program Imunsisasi Vaksin Covid-19 yang kini masih belum berakhir menular seluruh dunia termasuk Malaysia.
Masidi menjelaskan, komitmen semua pihak terutama mereka yang ditugaskan sebagai Barisan Hadapan (Fronthliners), amat diperlukan bagi menerangkan kepentingan serta keyakinan kepada rakyat agar mendapatkan suntikan Covid-19 untuk memutuskan rantaian wabak tersebut yang memang sukar dilihat dengan mata kasar.

Chang Min Khong (kiri) menerima surat perlantikan disampaikan Masidi diperhatikan yang lain.
Menurut Masidi, PV-ATM juga punyai tanggungjawab dan peranan penting sebagai ‘Barisan Hadapan’ membantu kerajaan untuk menggalakkan kepada rakyat akar umbi supaya menerima suntikan Covid-19 sama ada Jenis Pfizer atau Astrazeneca (Sinovac).
“Penggunaan kedua-dua Vaksin tersebut sudah mendapat kelulusan daripada kesihatan peringkat antarabsngsa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan penggunaan ya tidak perlu ada keraguan, ketakutan atau rasa bimbang dari segi kesihatan”, jelas Masidi sambil memaklu Kan beliau sendiri sudah selesai lengkap pengambilan dua Dus suntikan Jenis Pfizer.
Masidi menjelaskan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-7 PV-ATM Cawangan Ranau Di Dewan Terbuka Pusat Pemulihan Dalam Momuniti (PPDK) Daerah Ranau baru-baru ini yang dihadiri lebih 60 orang Ahli berdaftar Persatuan Veteran ATM Cawangan Ranau.
Sempena Majlis itu Masidi meluluskan peruntukan RM20 ribu untuk Persatuan itu bagi membiayai keperluan melaksanakan aktiviti atau program yang difikirkan perlu dan memberi impak positif terhadap persatuan berkenaan
PV-ATM Cawangan daerah Ranau, yang dahulunya dikenali sebagai Persatuan Bekas Tentara Malaysia, kini antara yang paling aktif Di Sabah menjalankan peranan dan tanggungjawabnya, memberi sumbangan kepada masyarakat setempat.
Masidi memuji PV-ATM Ranau kerana aktif melaksanakan program-program kemasyarakatan khususnya kebajikan melibatkan para ahli dan masyarakat setempat.
“Teruskan peranan dan tanggungjawab anda semua demi faedah para anggota (Ahli) dan masyarakat seluruhnya”, tambah Masidi.
Turut berucap ialah, Yang Dipertua PV-ATM Sabah, Marshid Bin Mohd.Salleh, mantan Kerja Cawangan PV-ATM Ranau, Ruhimin Bin Jafar dan Ketua Cawangan PV-ATM Cawangan Ranau yang baharu dipilih, Chang Mon Khong@ Albert Chang.
Sementara Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-7 itu telah dipengerusikan, Jabay @Jaibie Surugau selalu Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan tersebut.
Hadir sama ialah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik), Datuk Amisah Yassin bersama Datuk Michael Y.Dunggi (Setiausaha Politik kepada Masidi) dan Wahab Bin Rashman (SUS) Masidi.
            Â