30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala

SIBU – Seorang konstabel percubaan dijumpai mati dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9 di sini hari ini.

Masih belum dipastikan bagaimana kejadian dipercayai kira-kira pukul 7 malam itu berlaku namun Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mengesahkan kejadian.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kejadian menimpa mangsa yang dikatakan berasal dari Pahang itu.

“Kejadian melibatkan anggota yang baru sebulan bertugas di Sibu selepas tamat latihan asas.

“Siasatan sedang dijalankan oleh IPD Sibu,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan dua anggota lain turut berada di rumah tersebut semasa kejadian. – Bernama

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN