KOTA KINABALU :Keamanan yang kita kecapi hari ini adalah hasil daripada pengorbanan yang dilakukan oleh para pejuang negara menentang penjajah dan komunis.
Beberapa kisah perjuangan terutamanya menentang tentera Jepun dan pasukan komunis telah difilemkan membolehkan generasi kini mengetahui sedikit sebanyak tentang apa yang telah dikorbankan oleh perwira negara satu ketika itu.
Namun, tidak dinafikan sebenarnya ada banyak lagi kisah perjuangan yang tidak diketahui dan tidak pernah dihebahkan kepada masyarakat.
Antaranya ialah, kisah anak jati sabah pertama masuk komando.
Tanggal 01 Julai 1964 menjadi tarikh bersejarah buat Abdul Rahman Maidin 72,(gambar) berkhidmat dalam Angkatan tentera Malaysia dalam pasukan Rejimen Renjer berkhidmat dengan Rejimen Gerak Khas.
Beliau seorang anak Dusun yang baru berusia 16 tahun ketika itu mendaftar untuk menyertai Renjer Kedua tentera Malaysia pada kemuncak Konfrontasi negara Malaysia dengan Indonesia.
Beliau adalah antara 40 askar Sabah dari Kompeni C Renjer Ke-2 yang dikerahkan ke Kampung Mentadak, Tawau Sabah.
Bermula 14 Julai 1971 beliau mengikuti Kursus Asas Komando dan dianugherahkan Green Beret dan Pisau Komando.
Beliau merupakan anak jati Sabah pertama mengikuti kursus Asas Komando.
Pada 21 Ogos 1971 beliau telah di tempatkan Skoudron Yankee, 21 Komando, semasa dalam komando pernah mengikuti operasi sempadan Perak – Thailand diketuai oleh Lt Sudirman selama 2 bulan dalam hutan dengan tujuan untuk melaksanakan serang hedap di laluan jalan yang dijangka dilalui Parti Komunis Malaya (PKM) dianggarkan seramai 100 orang.
Banyak pengalaman pahit dan manis semasa bertugas dalam pasukan Gerak Khas yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.
Beliau menamatkan perkhidmatan pada 30 Jun 1974. Beliau pernah menjawat sebagai Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) di Jabatan Ketua Menteri selama 22 tahun dan sekarang beliau menetap di Tambunan, Sabah.
TAMAT