25 C
Kota Kinabalu
Rabu, Mac 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Anak bekas pemimpin ditahan, dadah ditemui dalam kereta

Gambar sekadar hiasan

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai anak kepada bekas Perdana Menteri selepas menemui dadah di dalam kenderaan yang dipandunya di Lebuhraya Sprint, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu berusia 20-an itu namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, tangkapan berkenaan dilakukan melalui operasi pencegahan jenayah bersepadu yang dijalankan pegawai serta anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di kawasan Damansara.

Hasil pemeriksaan terhadap kereta suspek, polis menemukan sejumlah kecil heroin dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penagihan dadah.

Siasatan awal turut mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN