24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Amaran cuaca tidak menentu, rakyat Dun Sugut diingatkan bersiap siaga: James Ratib

BELURAN: Rakyat disekitar Dewan Undangan Negeri Sugut perlu sentiasa menjaga keselamatan berikutan luruan monsun dan cuaca tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Datuk James Ratib yang juga Adun Sugut menjelaskan perkara itu berkata, memandangkan keadaan cuaca sering hujan, maka rakyat dikawasannya perlu sentiasa bersiap sedia berpindah ke kawasan selamat jika berlaku insiden banjir bagi mengelak perkara tidak di ingini berlaku.

Katanya, informasi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang menjangkakan hujan lebat dibeberapa kawasan di negeri Sabah perlu diberi perhatian agar persiapan sewajarnya dapat dilakukan penduduk.

“Simpan dokumen penting di satu tempat (supaya) senang dibawa keluar apabila berlaku banjir, juga segera keluar rumah dan pergi ke tempat tinggi dan selamat apabila air naik,” katanya.

Dalam pada itu, James yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah menjelaskan, pihaknya bersiap sedia menghubungi agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) jika berlaku sebarang insiden dikawasannya.

Jelasnya, para kakitangan di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun Sugut telah dimaklumkan tentang kesiapsiagaan itu jika berlaku insiden seperti banjir dimana-mana kawasan.

Pada Khamis lepas (23 Disember) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan luruan monsun pada 27 hingga 30 Disember, antara lain menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan, selain hujan berterusan antaranya di kawasan utara dan pantai timur Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN