30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Aktiviti peserta Unduk Ngadau Ranau berjalan lancar: Florencia

RANAU: Program peserta Unduk Ngadau (UN) daerah ini melibatkan 17 peserta  berjalan lancar.

Penolong Pegawai Daerah Ranau  (Pentadbiran) merangkap Pengerusi Jawatankuasa pertandingan UN daerah Ranau, Florencia Padasian memberitahu,  semua jadual telah dilaksanakan dengan baik hasil permuafakatan  dan kerjasama padu daripada semua Jawatankuasa pelaksana dan peserta UN.

Menurutnya, antara aktiviti yang telah dijalakan melibatkan  17 peserta UN ialah, menyantuni beberapa Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kg.Sinarut Baru sambil menyerahkan bantuan Bakul Makanan.

“Selepas itu para peserta mengadakan aktviti memasak di sekitar Bombon Marakau”, jelas Florencia sambil memaklumkan   majlis ‘Gala Nite’ akan diadakan pada 7 Mei di d Dewan Masyarakat Ranau.bermula 7.00 malam akan dirasmikan  Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN