27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Aktiviti gotong-royong mampu menjimatkan kos 

BERSEPADU… Sebahagian Jawatankuasa JKDB pekan Ranau yang menghadiri gotong royong tersebut.

RANAU: Aktiviti bergotong royong
mampu menjimatkan kos  dari segi kewangan selain dapat menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih cepat.

Ia juga mempu memupuk semangat toleransi serta perpaduan dikalangan komuniti tanpa mengira  suku kaum, agama dan idologi politik.

Semangat itulah yang hendak diterpakan dikalangan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) pekan Ranau yang telah menganjurkan gotong royong bagi membersih kawasan sekitar bangunan pejabat  JKDB dan Pentas Budaya pekan Ranau baru-baru ini.

Gotong royong  itu anjuran  Wanita JKDB pekan Ranau diketuai  Diana Ansow Abdullah bersama  lebih 10 orang yang hadir.

Sementara itu, Pengerusi JKDB pekan Ranau, Tan Eng Sing ketika ditemui memuji Wanita JKDB kerana berjaya menganjurkan gotong royong tersebut sebagai peranan pentingnya untuk sama-sama menjaga kebersihan persekitaran   pejabat JKDB dan perkarangan Pentas Budaya.

“Kita mengalu-alukan usaha mereka dalam menganjurkan program seumpama ini dan mengharapkan agar aktiviti seumpamanya  dapat diadakan lagi pada masa akan datang”, jelas Tan Eng Sing yang juga menyertai gotong royong tersebut bersama mantan Ketua  Daerah Ranau, Abidin Sahat.

Turut diadakan sempena gotong royong itu ialah Majlis Berbuka Puasa yang diadakan pada sebelah petangnya .

                

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN