30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Aktif A,  Black List masing masing muncul  johan Kejohanan Bola Tampar Dewan Tertutup Labuan 2022

JOHAN… pasukan Aktif A menerima hadiah wang tunai RM700 daripada Bashir

LABUAN: Pasukan Aktif A muncul johan kategori lelaki  selepas menewaskan pasukan GGVC 31-28 pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Tampar Dewan Tertutup Labuan 2022 di dewan Arena Perbadanan Labuan, Bukit Kuda, pada Ahad.

Dengan kemenangan itu pasukan Aktif A membawa pulang hadiah wang tunai RM700, manakala pasukan GGVC menerima hadiah wang tunai RM500.

Sementara itu pasukan Blak List   muncul johan kategori wanita  selepas menewaskan pasukan Seroja dengan keputusan  31-25 untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan pasukan Seroja yang terpaksa berpuas hati untuk bergelar naib johan menerima RM500.

Tempat ketiga kategori lelaki dimenangi oleh pasukan Chailuk selepas menewaskan pasukan Anapoli 31-28 sekaligus menerima hadiah wang tunai RM300.

BASHIR menyampaikan hadiah kepada ketua pasukan Black List yang menjuarai kategori wanita.

Bagi kategori wanita tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Streme A selepas berjaya menewaskan pasukan Iron Ladies dengan keputusan 31-12.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Sementara itu, pemain Poh Eng Soon, 57 dari pasukan Chailok dan Hazizah Mohd Yunus, 61, masing masing dinaobatkan sebagai pemain paling senior. Kedua dua menerima hadiah wang tunai.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Labuan (LAVA) disertai seramai 16 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita.

Hadir sama  menyaksikan perlawanan akhir kejohanan itu ialah Presiden Persatuan Bola Tampar Labuan (LAVA), Abdul Samat Ismail, Pengerusi MPP Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Abdul Manan dan Pengurus Pasukan Black List, Fadilah Eddy Abdul Khalid. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN