AJK Terringgi PPPPPM adakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah.

AJK Terringgi PPPPPM adakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah.

19/04/2021 Off By Admin

Rombongan PPPPPM yang diketuai oleh Haji Zulkifli bergambar kenangan kepada Ketua Menteri.

KOTA KINABALU:Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT)Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM)yang diketuai oleh Yang Dipertuanya Datuk Haji Zulkifli Haji Jaafar mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri Sabah yang mengalu-alukan kunjungan hormat PPPPPM Cawangan Negeri Sabah itu berkata, kerajaan amat menghargai pengorbanan pesara guru yang berpengalaman dan  banyak berjasa kepada negara ini khasnya negeri Sabah. 

Ketua Menteri juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJKT PPPPPM yang baharu bagi sesi 2020-2022.

Pada masa sama Ketua Menteri meluluskan wang Geran Peruntukan sebanyak RM100, 000.00 untuk PPPPPM membiayai pelbagai aktiviti Persatuan ini untuk tahun ini dan tahun depan.

Sementara itu Haji Zulkifli berkata, kunjungan hormat kepada Ketua Menteri itu bertujuan memperkenalkan AJK PPPPPM  Cawangan Negeri Sabah bagi sesi  2020-2022.

Katanya, ia juga bertujuan menjelaskan mengenai aktiviti atau program yang telah dan akan dilaksanakan  oleh Persatuan ini. 

Dalam kunjungan itu Haji Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri yang sudi menerima kunjungan AJKT PPPPPM yang baharu ini. 

“Belum terlambat untuk Persatuan mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Panglima Hajiji  sebagai Ketua Menteri Negeri Sabah” katanya.

Haji Zulkifli kemudian memberi taklimat berkaitan aktiviti PPPPPM, antaranya menziarahi ahli-ahli yang sakit dan meninggal dunia disamping memberi sumbangan khairat kepada ahli yang meninggal dunia. 

Haji Zulkifli menyampaikan cenderakenangan kepada Ketua Menteri pada kunjungan hormat itu.

Selain itu PPPPPM juga membantu Jabatan Pendidikan Negeri Sabah khasnya sekolah menengah dan rendah seperti menjadikan sekolah sebagai anak angkat, memberi motivasi kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, seminar keibubapaan kepada Persatuan ibubapa dan lain-lain lagi. 

Menurut Haji Zukkifli PPPPPM juga mengadakan Sambutan Hari Guru Persatuan, sambutan hari raya aidilfitri, Jamuan tahun baharu, hari keluarga dan sebagainya.

“Kita juga telah menerbitkab Buku Jejak Pendidik 1 hingga 5 dan akan menerbitkan lagi buku jejak pendidik berikutnya dan buku Tokoh Guru Negeri Sabah” jelasnya.

Dalam pada itu Setiausaha Agung PPPPPM Mohd. Zajih Hj. Edinin merakamkan  setinggi-tinggi terima kasih kepada Ketua Menteri yang  meluluskan peruntukan kewangan kepada persatuan.

Menurutnya, wang tersebut akan digunakan sebaiknya untuk menjalankan aktiviti persatuan, perbelanjaan mesyuarat AJK Tertinggi di seluruh Sabah dan untuk memberikan sumbamgan “One off” kepada 20 cawangan PPPPPM di negeri untuk menhalankan aktiviti masing-masing.

“Daripada jumlah peruntukan itu RM30,000.00 akan digunakan untuk pembaikan bangunan persatuan” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Yang DiPertua Datuk Dr Dayu Sansalu, 

Naib naib Yang Dipertua Tuan Haji Mahali Haji Adin dan Hajah Neiljah Haji Yan.