33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

AIM Blok Mesilou raihkan sambutan Hari Keluarga

Benedict (tengah) mewakili YB Datuk Jonathan Yasin merasmikan majlis Hari Keluarga AIM di sini

AIM Blok Mesilou raihkan sambutan Hari Keluarga
RANAU: Seramai 400 orang ahli AIM Blok Mesilou meraihkan sambutan Hari Keluarga kumpulan iatu yang diadakan di perkarangan Pentas Budaya Pekan Kundasang dekat sini baru-baru ini.


Sambutan berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ranau, YB Datuk Jonathan Yasin yang diwakili Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda.


Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan tahniah kepada AJK Penganjur kerana telah berjaya menganjurkan sambutan yang begitu meriah itu.


“Hari keluarga memberi peluang kepada ahli keluarga sahabat usahawan AIM Blok Mesilou santai sambil berintekrasi sesama sendiri untuk mengeratkan hubungan dan semangat kekeluargaan.


“Tahniah kepada seluruh ahli AIM blok Mesilou atas pencapaian antara rekod terbaik di seluruh Sabah,” katanya.


Beliau turut mengucapkan syabas kerana keluarga sahabat AIM tidak pernah lupa tanggung jawap sosial seperti membantu meringankan beban keluarga untuk membiayai kos keperluan pelajar sekolah.


“Bagi pihak YB Datuk Jonathan Yasin saya ingin beri pesanan bahawa pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau sentiasa bekerjasama dan cuba membantu aktiviti AIM semampunya demi untuk kebaikan masyarakat setempat,” katanya.


Turut hadir di majlis itu, Timbalan Pengerusi AIM Wilayah Sabah, Suharno Ali, Pengurus cawangan AIM Kundasang, Goerdy @Razlee Mongundanchal, Ketua blok AIM Mesilou, Etta Galing dan lain-lain.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN