GAMBAR: MANTAP…. Rosli ( empat dari kiri) bersama Rozman tengah) dan ahli ahli peringkat cawangan dan sayap yang terus memberikan sokongan padu kepada Rozman selaku Ketua Parti Warisan Bahagian Labuan.
LABUAN: Ahli parti Warisan Bahagian Labuan yang melibatkan 15 cawangan dan tiga sayap parti itu akan terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Ketua Bahagian Parti itu Datuk Rozman Isli.
Malah kesemua 15 cawanga parti itu termasuk tiga sayap bertekad untuk bersatu padu bukan sahaja mempertahan Datuk Rozman sebagai Ketua Bahagian tetapi juga dalam mendukung perjuang parti.
Mereka yakin Rozman berupaya membawa parti itu menjadi parti yang diterima rakyat di wilayah persekutuan ini.
Setiausaha Bahagian Warisan Labuan, Rosli Awang Damit berkata, kesemua 15 cawangan dan tiga sayap parti – wanita, wira (pemuda) dan wirawati terus bertekad untuk memberi sokongan tidak berbelah-bagi kepada ketua mereka (Rozman Isli) untuk terus memimpin parti.
“Perjuangan Warisan yang mendahulukan kepentingan dan hak rakyat Sabah dan Labuan menjadi wadah perjuangan parti sekaligus menjadikan parti yang baharu berusia lima tahun itu terus relevan.
“Rakyat Sabah dan Labuan sedar akan keperluan kewujudan Parti Warisan demi kesinambungan perjuangan hak dan kepentingan rakyat” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas parti itu mengadakan mesyuarat bagi meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Rozman yang diadakan di kediamannya di sini, pada Jumaat
Selain itu, Rosli menjelaskan Warisan bahagian Labuan akan sentiasa bersama kepimpinan pusat dalam meneruskan perjuangan parti untuk hak dan kepentingan rakyat dan yakin rakyat akan terus bersama Warisan dalam perjuangan membela rakyat.
Mereka yakin Rozman berupaya membawa parti itu menjadi parti yang diterima rakyat di wilayah persekutuan ini.
Rosli juga memaklumkan empat cawangan baharu menunggu kelulusan pendaftar (ROS), manakala
tiga cawangan lagi sedang dalam pertimbangan untuk diwujudkan sebagai penambahan cawangan sedia ada.
Sementara itu, ketua wira Warisan Labuan Muhammad Faizal Addullah berkata sayap bahagian parti itu telah bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum ke 15 (PRU15).
“Wira Warisan bahagian Labuan menggerakkan jentera sayap parti dalam memastikan kesiapsiagaan menghadapi PRU15,” katanya.
Ketua Wanita bahagian Aliah Atar berkata sayap parti itu juga telah membuka bilik gerakan PRU15.
“Adalah menjadi tanggungjawab kami dibahagian Wanita membantu kepimpinan parti menjelang PRU 15 dengan mengukuhkan jentera sayap Wanita,” katanya.