28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli UMNO Labuan perlu  ambil iktibar selepas 22 bulan diperintah PH

Gambar: Bashir (dua dari kanan) menyampaikan bakul makanan kepada ahli UMNO Belukut sambil diperhatikan Sanih (kanan sekali) dan Musa (dua dari kiri)

LABUAN: Ketua UMNO Bahagian Labuan, Senator Datuk Bashir Alias  mengajak ahli ahli di pulau ini khususnya di peringkat cawangan  supaya mengambil iktibar  selepas 22 bulan Pakatan Harapan (PH)  memerintah Negara yang  menyaksikan rakyat  mengalami pelbagai pengalaman pahit.

Beliau berkata, selepas BN tewas dalam PRU ke 14 dan dambil alih oleh PH telah menyaksikan pelbagai pengalaman pahit  serta pengajaran yang boleh diambil oleh ahli ahli UMNO

“Selama 22 bulan di bawah pemerintahan PH, ahli ahli UMNO telah  ditindas dengan pelbagai tekanan termasuk aset (peruntukan)  UMNO dibekukan, kemudahan penggunaan balai raya dan sebagainya dihalang dan ini cukup jelas ahli ahli UMNO  telah ditindas.

“Justeru  itulah  saya mengajak ahli-ahli UMNO di semua peringkat cawangan   termasuk UMNO cawangan Belukut  untuk sama sama berikrar dengan  memberikan sokongan penuh  kepada parti Barisan Nasional  (BN) PRU ke 15 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan sambutan Ulang Tahun 76 UMNO yang dianjurkan oleh UMNO Cawangan Belukut, di sini, pada Jumaat.

Pada majlis itu, Bashir yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Labuan turut menyampaikan 70 pek bakul makanan sumbangan UMNO Wilayah melalui program Wilayah Prihatin kepada ahli-ahli UMNO Kampung Belukut yang kurang berkemampuan.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Sahari Amdan, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Niswati Tarji dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Musa Basman.

Turut hadir, Ketua Cawangan UMNO Belukut, Sanih Yusof dan Ketua-ketua sayap, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan  Belukut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN