Datuk Jonathan(kiri) ketika berucap pada Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Ranau.
RANAU : Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin menyarankan kepada para ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bersatu Bahagian Ranau, agar bekerja kepada Rakyat dengan jujur serta ikhlas.
“Kerana keikhlasan berkhidmat kepada rakyat dalam perkara benar yang kita perjuangkan tentu mencapai kejayaan bagi membela rakyat meskipun menghadapi rintangan yang memerlukan kesabaran.
“Justeru semua jentera parti perlu menggerak dan mengaktifkan peranan serta tanggungjawab masing-masing termasuk menambah bilangan keahlian parti diperingkat cawangan”, jelasnya.
Jonathan yang juga mantas Ahli Parlimen P.179 Ranau menyatakan demikian dalam ucaptamanya pada Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Ranau tahun 2022 di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini (sebelum Bubar Parlimen).
Beliau turut menggesa semua sayap kiri parti Bersatu seperti Armada dan Srikandi agar menyusun strategi tanpa meminggirkan budaya sopan-santun, disiplin diri dan integriti terbaik apabila berkomunikasi dengan orang ramai khususnya para pengundi.
“Kadang-kadang cara kita berkomunilasi secara bersopan boleh menarik perhatian orang ramai (pengundi) untuk memberi sokongan perjuangan murni sesebuah parti”, jelas Datuk Jonathan.
“Walaupun tarikh PRU-15 belum ditetapkan lagi, namun persiapan awal perlu dibuat dengan rapi serta teratur”, tegasnya.
Menurut Datuk Jonathan, apapun perjuangan parti yang paling penting adalah kesabaran serta penampilan diri untuk mengetangahkan isu-isu yang benar dan sahih demi kebaikan semua orang meskipun berhadapan dengan pelbagai rintangan
“Namun demikian segala rintangan itu, boleh diatasi dengan baik walaupun memakan masa yang akhirnya boleh melegakan hati semua orang”, tambahnya.
Sempena persidangan itu yang dihadiri lebih 400 ahli parti terdiri daripada Jawatankuasa Bahagian, Armada, Srikandi dan para pemarhati serta wakil-wakil daripada komponen parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Hadir sama dan berucap merasmikan persidangan itu ialah, Ketua Bersatu Bahagian Ranau, merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun, Ketua Armada Bahagian Ranau, Rosdie Bin Abd.Ghani dan Ketua Srikandi Bahagian Ranau, Datuk Amisah Yassin.
Pada pembentangan Usul kedua-dua Armada bersama Srikandi Bersatu Bahagian Ranau sepakat mengetengahkan Usul Menyokong Penuh Pucuk Kepimpinan Bersatu Pusat, Kepimpinan Ketua Menteri Sabah dan Kepimpinan Ketua Bahagian Bersatu Ranau.



