Sumbangan kepada Rumah Asnaf Kg.Paka Dua,
diwakili Fatimah Finah Majail (empat kiri).
RANAU: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen daerah ini terus menghulurkan sumbangan bagi menyantuni mereka yang memerlukan.
Sumbangan berupa buah kurma dan sedikit makanan itu dikendalikan Biro Hal Ehwal Islam P.179 Ranau yang mewakili Ahli Parlimen Ranau, YB Jonathan Yasin bagi menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan termasuk keluarga yang kehilangan anggota keluarga (meninggal dunia).
Antara penerima sumbangan ialah, Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kg.Silad, Rumah Asnaf Kg.Paka Dua, Rumah Asnaf Putra Harapan Kg.Skim 2 dan banyak lagi.
Turut disantuni ialah se kelurga di Kg.Maringkan kerana kematian anggota keluarga.
             Â