ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Parlimen Ranau sumbang RM15,000 naik taraf kemudahan Surau At-Takwa

KENANGAN … Ahli Jawatankuasa Surau At-Takwa Kampung Lagkau merakam gambar kenangan bersama Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin (duduk, tengah) pada majlis berbuka puasa yang diadakan di surau berkenaan.

RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, mengumumkan sumbangan berjumlah RM15,000 bagi menambah baik kemudahan Surau At-Takwa Kampung Lagkau di sini.

Sumbangan itu diumumkan ketika beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung yang diadakan di surau berkenaan baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM10,000 diperuntukkan bagi penambahan kemudahan Kelas Fardhu Ain (KAFA), manakala RM5,000 lagi disalurkan untuk pembelian meja dan kerusi bagi kegunaan surau.

Menurut beliau, sumbangan berkenaan diharap dapat meningkatkan keselesaan kemudahan di Surau At-Takwa selain menyokong aktiviti pendidikan agama khususnya kepada kanak-kanak yang mengikuti kelas KAFA di kampung tersebut.

Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Lagkau, Saifuddin Supin serta Pengerusi Surau At-Takwa, Ustaz Satimin Saimin, selain warga Islam kampung yang hadir memeriahkan majlis dalam suasana penuh muhibah dan kebersamaan sempena Ramadan.-Oleh Salwa Aramat

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN