30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Majlis Penasihat PL turun padang tinjau bazar Ramadan Labuan Walk

TINJAU…. Bashir (kiri sekali) bersama Haji Hamir, Raynie dan Rithuan (dua dari kanan) ketika meninjau salah satu gerai Bazar Ramadan di Labuan Walk.

LABUAN: Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan pada Jumaat   turun padang untuk meninjau keadaan Bazar Ramadan di  Labuan Walk yang kembali dibenarkan beroperasi selepas dua tahun menyepi akibat COVID 19.

Tinjuan yang melibatkan lebih 100 gerai di Bazar Ramadan Labuan Walk itu diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias serta  diiringi oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail.

Turut sama dalam tinjuan hampir dua jam itu ialah Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Haji Hamir Zahari dan empat Ahli Majlis yang terdiri daripada, Datuk Wong Kii Yii, Datuk Dhalip Singh, Raynie Datuk Mohd Din dan Ghani Yunus.

Bashir yang juga Ahli Dewan Negara ketika ditemui media menzahirkan rasa syukur kerana pada tahun ini peniaga-peniaga kecil boleh berniaga semula apabila kerajaan telah mengumumkan fasa peralihan endamik  bermula pada 1 April lalu.

 â€ś Kita bersyukur kerana pada tahun ini iaitu  bermula pada 1 April lalu kerjaan telah mengumumkan  negara menuju ke fasa peralihan endamik dan ini membolehkan peniaga kecil berniaga semula di Bazar Ramadan.” katanya.

Bashir turut mengajak warga Labuan  untuk memanfaatkan  kebenaran yang diumumkan oleh kerajaan yang melibatkan pergerakan aktiviti ekonomi seperti pengoperasian bazar, kedai makan, menunaikan solat jemaah tanpa penjarakan  dan  aktiviti rentas sempadan.

Selain itu beliau juga

 mengingatkan warga Labuan terutamanya para peniaga di Bazar Ramadan supaya sentiasa mematuhi SOP semasa endamik serta sentiasa menjaga kebersihan di kawasan Bazar Ramadan.

Pada tahun ini Perbadanan Labuan selaku penganjur Bazar Ramadan  Labuan Walk telah mengambil pendekatan dengan menyediakan  surau semantara sepanjang Ramadan yang terletak berhampiran kawasan bazar  bagi memudahkan peniaga melaksanakan solat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN