28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan fokas bantu rakyat terkesan COVID 19

MESYUARAT….. Bashir (kiri sekali) bergambar kenangan sebelum mempengerusikan mesyuarat pertama Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman (empat dari kanan)

LABUAN: Ahli Majlis Penasihat (AMP) Perbadanan Labuan yang baharu dilantik bertekad untuk membantu Perbadanan Labuan dalam menangani masalah rakyat khususnya golongan yang terkesan dengan pandamik COVID19.

Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias berkata, adalah menjadi fokas utama Ahli Majlis Penasihat untuk menagani masalah rakyat khususnya golongan yang terkesan dengan pandemik COVID 19 mahupun mereka yang memerlukan bantuan.

“Pada kami yang paling penting ketika ini adalah membantu dan membela rakyat terutama mereka yang terkesan dengan pandemik COVID 19 selain memastikan rakyat terpelihara” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan bersama Pengurusan Tertinggi Perbadanan Labuan di Wisma Perbadanan Labuan, pada Jumaat.

Beliau berkata, pelantikan Ahli –Ahli Majlis ini merupakan satu cabaran dalam kita berdepan dengan serangan COVID-19 yang bukan sahaja terkesan kepada ekonomi tetapi yang lebih ketara apabila ramai orang kehilangan pekerjaan, syarikat pula banyak yang terpaksa ditutup.

“Namun kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menyediakan peruntukan rangsangan ekonomi melalui pelbagai program termasuk inisiatif Wilayah Cakna bagi membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19” katanya.

Dalam pada itu beliau berharap Perbadanan Labuan sebagai agensi berkuasa tempatan akan terus berusaha agar Labuan tidak terpinggir daripada arus kemajuan walaupun dalam keadaan yang amat kritikal.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN