26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli KOPDESA turut menyumbang kepada mangsa kebakaran di Kg Molisau

TERIMA KASIH …. Mangsa kebakaran, Jasilin Korimin (kiri) menerima sumbangan daripada KOPDESA yang diwakili Ireline dan beberapa ahli lain.

TAMPARULI: Koperasi Pembangunan Desa Saradan (KOPDESA) menyantuni dan menyumbang kepada mangsa kebakaran sebuah rumah di Kampung Molisau Tenghilan, sini hari ini.

Sumbangan kepada mangsa disampaikan oleh Pengerusi KOPDESA, Ireline Damit serta rombongan.

Antara barangan disumbangkan berupa beras, keperluan makanan dan keperluan dapur yang diserahkan kepada mangsa kebakaran terbabit.

Dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu, rumah didiami seramai 10 orang ahli keluarga tersebut memusnahkan hampir keseluruhan rumah dan keseluruhan barang-barang di rumah berkenaan.

Menurut Irelene, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada usaha para ahli koperasi tersebut membantu mengurangkan kesusahan yang menimpa penduduk terbabit.

“Walaupun mereka (mangsa) bukan ahli KOPDESA, tetapi kita mengambil berat keadaan yang dialami keluarga tersebut,” katanya.

Beliau menambah, kesemua barangan sumbangan tersebut merupakan ihsan daripada para ahli KOPDESA sendiri tanpa melibatkan wang koperasi, malah ada dalam kalangan ahli yang membeli barangan tersebut di Coopmart milik KOPDESA sendiri.

Selepas penyerahan bantuan, Irelene turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada setiap anggota KOPDESA yang sudi menyumbang bantuan secara individu, bagi menjayakan program itu.

Turut bersama di dalam rombongan ialah Timbalan Pengerusi KOPDESA, Patrick Pyne Tudus, Bendahari KOPDESA, Yatau Ubin, Timbalan Bendahai, Lucy Batak, dan Ahli Jawatankuasa, Roslin Liging, Liviana Jilev, Maglin Markus, Agnes Tiwon dan Angelin Kahit. -Oleh: ATENG

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN