Datuk Jimmy (dua kiri) bersama Datin Lily (kiri) bersama yang lain merakam gambar bersama Dr.Andi (tengah) selepas divaksin.
0leh: Jainuddin Nasir
RANAU: Lebih 200 orang keluaga Ahli Dewan Perniagaan Tionghua dan Persatuan Hakka daerah ini selesai menunaikan tanggungjawab mengikuti program Imunisasi Vaksin (pertama) Covid-19 kebangsaan 3.0 di Hospital Ranau pagi tadi.
Pengerusi Perasatuan Hakka yang juga Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, Kapitan Datuk Jimmy Tham Yuk Leong yang mendahului penerima suntikan disusuli isterinya Datin Lily dan Datin Florence Malangkig, (isteri ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir).
Datuk Jimmy ketika ditemui memberitahu, bahawa program itu diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada semua ahli keluarga kedua-dua persatuan untuk menerima suntikan pertama sebagai benteng diri daripada penularan Covid-19.
“Program ini diadakan sebagai menyahut seruan dan saranan kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak tersebut”, jelas Jimmy sambil mengharapkan kepada mereka yang belum menerima suntikan supaya menyertai program tersebut sebagai benteng atau pelindung diri daripada wabak tersebut yang memang sukar dilihat dengan mata kasar kita”, jelasnya.

Datin Florence ketika menerima suntikan Vaksin yang pertama.
Beliau mengharapkan kepada mereka yang sudah menerima suntikan pertama agar bersabar sementara menerima suntikan yang kedua dalam masa terdekat.
“Meskipun, sudah divaksinasi (suntikan pertama dan kedua tetapi jangan leka dengan pematuhan SOP yang tetapkan terutama pemakaian Pelitup Separuh Muka (Facemask), mengamalkan penjarakan Fizikal sekurang-kurang 1 meter antara individu, sering memasuh tangan dengan air sabun dan tidak mengunjungi kawasan sesak atau ramai orang”, tambah Jimmy sambil berterima kasih kepada presiden SUCCC Sabah, Tan Sri Andrew Liew memabatu RCCCC Ranau melaksana dan membiayai program tersebut.
Hadir sama memarhati para penerima suntikan ialah Pengarah Hospital Ranau, Dr.Andi Shamsureezal Mohd.Sainal.
         Â