Yang di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah menyempurnakan simbolik perasmian perumahan Asnaf MAIWP sambil disaksikan Dato’ Setia Dr Mohd Na’im dan Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud (kanan)
LABUAN: Yang di Pertuan Agong Al SultanAbdullah Ri’ ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Mustain Billah berkenan menyempurnakan majlis perasmian perumahan asnaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Perumahan Ganggarak Permai, Wilayah Persekutuan Labuan, pada Sabtu.
Pada majlis itu, baginda bersama Yang di Pertuan Raja Permnasuri Agong Tuanku Azizah Maimnah Iskandariah binti Almarhum Al Mutawakkil Billah Sultan Iskandar Al Haj turut menyerahkan surat tawaran kunci rumah kepada 50 ketua keluarga asnaf MAIWP menerusi bantuan perumahan MAIWP fasa pertama.
Mengiringi baginda berdua pada majlis itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Haji Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.
Sementara itu, menurut kenyataan media MAIWP, penyerahan perumahan Asnaf MAIWP yang melibatkan 140 unit rumah Pangsapuri di Perumhanan Permai Ganggarak merupakan projek perintis MAIWP yang laksanakan bagi membantu pembangunan asnaf secara holistik dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM33.83 juta.
Program berimpak besar ini adalah satu usaha MAIWP untuk memastikan golongan asnaf dan yang berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan Labuan, berpeluang untuk merasa memiliki rumah sendiri selain ianya adalah merupakan satu sistem sokongan yang dapat membantu mengeluarkan asnaf daripada kemiskinan.
Menurut kenyataan itu, asnaf yang tinggal di perumhanan ini akan dilengkapi dengan satu mekanisme intervensi mencakupi aspek kerohanian, pendidikan, kebajikan, keselamatan dan sebagainya.
Sehingga Februari 2023, MAIWP telah mengagihkan sebanyak RM98.12 Juta dana zakat menerusi 30 skim Bantuan Zakat yang ditawarkan.



