LABUAN: Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Iskandariah akan melakukan lawatan dua hari ke Wilayah Persekutuan Labuan bermula esok (Jumaat).
Semasa berada di Labuan, Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong dijadual berkenan untuk pemasyhuran Masjid Al-Sultan Abdullah iaitu masjid baharu Kampung Sungai Bedaun dan seterusnya menyempurnakan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama komuniti kampung Sungai Bedaun.
Pada sebelah petangnya Seri Paduka berdua dijadual berangkat ke Bazar Ramadan Labuan Walk dan seterusnya berangkat ke Masjid Jamek An Nur bagi menghadiri program Nur Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa.
Pada hari Kedua lawatan, Seri Paduka berdua di jadual berangkat untuk Majlis Penyerahan Rumah Asnaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan bersama Komuniti Ganggarak Permai.
Keberangkatan Seri Peduka ke Labuan akan diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Seri Peduka berdua dijadual berangkat pulang ke ibu negara pada Ahad.



