26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Agong berkenan merasmikan Masjid Sultan Abdullah Kampung Sungai Bedaun

PEMASYHURAN… Al Sultan Abdullah menandatangani plak simbolik perasmian dan pemasyhuran masjid Al Sultan Abdullah Kampung Sungai Bedaun.

LABUAN: Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji  Ahmad Shah Al- Musta’in Billah berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan memasyhurkan sebuah masjid yang dinamakan sempena nama baginda iaitu Masjid Al Sultan Abdullah  di Kampung Sungai Bedaun, pada Jumaat.

Masjid Sultan Abdullah yang bernilai lebih  RM8 juta itu merupakan sebuah masjid baharu bagi menggantikan masjid  Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun yang telah digunakan sejak tahun 1967.

Masjid Sultan Abdullah yang siap dibina sepenuhnya Mac 2021 mampu menampung  sehingga 1,500 jemaah dalam satu satu masa.

MASJID AL-SULTAN ABDULLAH  Kampung Sungai Bedaun.

Sementara itu baginda turut berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan  yang diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan,  Sahibus Samahah, Datuk Dr. Luqman bin Abdullah. 

Terdahulu keberangkatan tiba baginda di masjid itu pada jam 12.10 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Menteri, (Hal Ehwal Agama) Senator,  Dato’ Setia Dr Haji  Mohd Na’im Haji Mokhtar.

Hadir sama,  Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri  Dr. Mohd Daud Bakar, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Panglima Anifah Aman, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Bin Haji Mohd Ismail.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN