30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Agih Bendera Wilayah Persekutuan secara pandu lalu

SIMBOLIK… Mohd Dzulfaizal   menyerahan Bendera Wilayah Persekutuan  secara pandu lalu sambil diperhatikan  Haji Hamir (tiga dari kiri) dan Ustaz Junid (kanan sekali)

LABUAN: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Subzon 4 mengagihkan bendera Wilayah Persekutuan kepada 7 buah kampung  secara pandu lalu sempena Program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan  peringkat MPP Sub zon 4.

Program yang turut mendapat kerjasama Perbadanan Labuan itu telah diadakan di perkarangan Balai Raya Kampung Pohon Batu pada Sabtu.

Majlis penyerahan bendera yang diadakan mengikut norma baharu  berikutan wabak COVID 19 itu di sempurnakan oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Abdul Manan dan Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Haji Hamir Zahari kepada 7 ketua kampung  di bawah pengurusan MPP Subzon 4.

Tujuh buah kampung itu ialah Kampung Sungai Labu, Layang-Layangan, Kilan/Pulau Akar, Pohon Batu, Batu Manikar, Ganggarak dan Lubok Temiang.

Mohd. Dzulfaizal berkata, setiap kampung menerima 50 helai bendera Wilayah Persekutuan  untuk di kibarkan dilokasi  strategik dikampung masing-masing sebagai tanda sokongan  dan semangat  untuk meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang akan disambut pada 1 Febuari ini.

“Walaupun sambutan tahun ini amat berbeza dengan mengamalkan budaya norma baharu berikutan situasi  COVID 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, namun semangat untuk meraikan sambutan Hari Wilayah dikalangan rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan masih kental dan  tidak akan pudar” katanya.

Hadir sama Pengerusi MPP Subzon 4, Ustaz Ahmad Junid Aling

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN