25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Agensi Perlu Bersiap Siaga Hadapi Cuaca Tidak Menentu: Dr.Joachim

Joachim (kiri) ketika mempengerusikan mesyuarat

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Dr. Joachim Gunsalam, mengingatkan semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya supaya sentiasa bersiap siaga serta peka dalam menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu, khususnya bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Siri 1/2026 bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya dan Utiliti (KKRU) di Bilik Mesyuarat Lamag, di sini, pada sebelah petang selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Negeri Siri 1/2026 di Menara Kinabalu pada Rabu.

Menurut beliau, antara perkara yang perlu diberi perhatian serius ialah isu kerosakan jalan, kejadian tanah runtuh, banjir, serta gangguan bekalan air dan elektrik yang berpotensi menjejaskan keselamatan awam dan kelangsungan kehidupan harian rakyat.

Dalam pada itu, Joachim turut mengingatkan agar semua projek di bawah seliaan KKRU dilaksanakan secara cekap, berintegriti serta menepati jadual yang telah ditetapkan, selaras dengan perancangan dan komitmen kerajaan negeri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua jabatan dan agensi di bawah KKRU atas pembentangan laporan yang komprehensif berkaitan pelbagai isu serta perkembangan semasa kementerian.

“Kerjasama dan komitmen berterusan semua pihak amat dihargai bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti kepada rakyat Sabah,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN