26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Adun Tandek sampaikan bantuan bakul makanan kepada KIR

BANTUAN….Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding (ketiga kiri) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di Astaka Padang Kampung Goshen, di sini kemarin.

Kira-kira 309 KIR bagi golongan B40 dari kampung Goshen dan kampung Kokobuan menerima bantuan bakul makanan.

Hendrus yang juga merupakan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, menzahirkan kesyukuran kepada Kerajaan GRS yang diterajui oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, yang begitu prihatin memberikan bantuan bakul makanan secara terus menerus kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek.

Turut hadir dalam upacara penyerahan ini ialah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Majawap Masantun, Ketua Perhubungan Parlimen P168 Kota Marudu, Mariana majinau Pegawai Kemajuan Masyarakat, Josey Vung Nyuk Chin, Pemaju Mukim Richard Gusuf dan wakil dari Pejabat Daerah Kota Marudu Tinah Maralin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN