Ellron (empat dari kiri)bersama rombongan dan pemimpin gereja memotong kek sebagai simbolik sambutan Hari Paskah Gereja St. Ignatius Kampung Delayan Baru.
SOOK:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sook Datuk Ellron Alfred Angin menyantuni umat di Gereja St. Ignatius Delayan Baru dan bersama-sama umat gereja itu merayakan Hari Paskah.
Ellron yang juga Menteri Belia Dan Sukan sempat sempat mengikuti Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr Ronnie Mailap bersama-sama dengan umat di kampung tersebut.
Pada masa sama Ellron memberikan sumbangan kewangan untuk pengubahsuaian serta penambahan bangunan gereja kampung itu.
Sementara itu Pengerusi Kuk Puan Juelin Gongos mengucapkan terima kasih diatas kesudian Ellron hadir merayakan Hari Paskah bersama-sama umat gereja St. Ignatius.
Juelin turut mengucapkan terima diatas keprihatinan Ellron memberikan sumbangan kewangan kepada pihak gereja.
Turut hadir dalam majlis tersebut Setiausaha Politik KBS Tuan Jre Jreneus Pagut dan PPM Sook Tuan Tony Talasoi.



