26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Pitas edar 5,000 buku roti

Ruddy Awah (tiga, kiri) menerima roti dari Dexter Lau, di Dataran Salimpodon, Pitas.

PITAS, 30 Januari 2021: Sebanyak 5,000 roti yang disumbangkan oleh Syarikat pengeluar makanan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad diedarkan di kawasan Dewan Undangan (DUN) Pitas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Dato Sri Dr. Ruddy Awah berkata, ia untuk manfaatkan penerima yang melibatkan kakitangan jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan sekolah di DUN Pitas.

“Saya amat berterima kasih di atas keprihatinan dan usaha murni Ini. Roti-roti ini akan diedarkan di Hospital Pitas, Klinik Pitas, Ibu Pejabat Polis Pitas, Persatuan Thalassemia Pitas, RELA Pitas, Pertubuhan Baitul Amin Anak Yatim Pitas, Pusat Pemulihan Kurang Upaya Pitas, SMK Pinggan-Pinggan, SMK Pitas, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Salimpodon, dan Jabatan Pertahanan Awam Pitas.

“Usaha seumpama ini perlu diteruskan dan diterapkan dalam komuniti masyarakat kita,” katanya ketika ketemui pada majlis penyerahan itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Dexter Lau berkata, pihaknya bersama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan seiring jalan dalam usaha memberikan sumbangan roti kepada mereka yang memerlukan di seluruh Sabah.

“Saya amat berbesar hati dapat berkhidmat kepada masyarakat setempat dan diharapkan sumbangan ini akan dapat memanfaatkan golongan yang memerlukan,” jelas Dexter.

Majlis penyerahan roti itu diadakan di Dataran Salimpodon, Pitas yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad, Datuk Madiyem Layapan; Pegawai Tugas-Tugas Khas KPLB, Harris J. Mintu; Pemimpin Pembangunan Masyarakat N3 Pitas, Ramlah Nasir dan petugas sukarelawan Kim Teck Cheong.

Sehingga kini, syarikat Kim Teck Cheong telah mengedarkan 400,000 buku roti di 20 daerah yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN