26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Nabawan turun padang, tinjau projek pembangunan di Sepulut dan Pagalungan

Ghani (dua dari kanan)bersama rombongan semasa meninjau jambatan sungai Salong.

Oleh:Marutin Ansiung

NABAWAN:Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin mengadakan lawatan dan tinjuan di jalan raya Sepulut  ke Daerah Kecil Pagalungan.

Dalam lawatan itu Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)turut meninjau jambatan Sungai Salong dan Culvet Sungai Totonggong yang kini dalam pembinaan siap 90 peratus.

Beliau kemudian melawat tapak cadangan bangunan Mahkamah Anak Negeri Pagalungan.

Ghani bersama rimbongan semasa melawat Kampung Pulutan dan menyampaikan bantuan bakul makanan.

Terdahulu Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)melawat Kampung Pulutan Sepulut yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)sekaligus menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk yang terlibat.

Pada masa sama Ghani meninjau Bangunan Mahkamah Anak Negeri Sapulut yang beroperasi sebagai Pusat Infomasi Covid -19.

Sambil itu Ghani yang diiringi oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan Roger Appolonius dan Penolong Pegawai Daerah Nabawan  Hasnin Kinsin meninjau bangunan Mahkamah yang perlu pembaikan.

Turut sama dalam lawatan itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai, Pegawai Kebajikan Daerah Andy Fathmal Mohd Ikshan dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Nabawan Jabat Majilon.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN