25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 5, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor tinjau kerja-kerja pemasangan gabion, pelurusan sungai Bayayo

Robert (kanan) semasa meninjau kerja-kerja pelurusan sungai Bayayo.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bingkor Robert Tawik @Nordin melakukan lawatan kerja meninjau pemasangan gabion pelurusan sungai Bayayo di Kampung Kumawanan, Bingkor.

Tinjauan ini bagi memastikan pemasangan ini sesuai dengan tujuan pembinaannya bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan Bingkor, beliau sentiasa meninjau dan memantau pelaksanaan mana-mana projek di kawasan ini.

Ini katanya bagi memastikan projek-projek yang dirancang untuk rakyat dilaksanakan mengikut skop sebenar dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Pada masa sama Robert meminta pemimpin-pemimpin masyarakat agar turut memantau pelaksanaan projek di kawasan masing-masing.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN